Friday, October 23, 2009

Aku Sejak Berkarier

Dulu masa aku balaja kat Limkokwing University, pastuh pindah pegi CICT Muar, aku teringin sangat nak kerja dalam bidang kreatif nih, macam photography ke, digital designing ke, apa-apa lah asalkan xde kaitan dengan drawing, sebab aku benci! Hehe. Aku pilih jalan ni sebab aku ad jiwa nak pegi kearah tu.
Tahun 2008, aku dapat macam-macam idea nak design, buruk pun buruk la. Start dari situ aku dah mula usha-usha photoshop, then tak lama lepas tu dah jatuh cinta. Orang cakap dalam bercinta macam-macam dugaan akan datang, sama jugak kes aku dengan photoshop nih. Nak buat tapi idea takde la, nak main color tak pandai, dari situ jugak dalam tak sengaja aku belajar apa itu color, balance dan macam-macam lagi elemen-elemen dalam multimedia ni. Aku anggap bende ni untuk aku kenal hati budi photohop. Blaja tools, brushes, macam-macam lagi la.
Akhir tahun 2008, tercetus satu idea aku nak ada satu studio sendiri, minat tu datang slow je, masyuk beb. Itu jam bebagai la idea nak letak nama. At the end, aku dapat satu nama sempena perut aku, pakcik-pakcik, dan ramai lagi yang ada perut macam ni, aku bagi nama "booncheat", memang best. Sampai ornag paggil aku buncit, Haha! Sebab tu la perut aku susah nak kempis mcam dulu. Sampai miss Mayameen rindu la dengan potongan badan aku yang dulu, huhu!
Lama kelamaan nama "booncheat" melekat, then finally aku bagi nama yang lagi international, Booncheat House Design. Best ke?Aku rasa tak. Tapi aku suke. So, suke aku la.
Hmm, ngantuk pulak, esok aku sambung. :)

Thursday, October 22, 2009

Thursday Glory

Akhirnya aku pun terjebak dalam blogspot, huh! Mula-mula rasa macam nak tak nak je buat blogspot ni, tapi kadang-kadang tiap apa yang berlaku hari-hari aku nak jugak tulis dalam blog pastu bagi orang baca, hehe! Mm, sebenarnya komuniti dalam blogspot ni besar jugak. Banyak blog-blog yang aku akan tengok & baca hari-hari, macam seliparkuneeng, the good old things and the follower, susuhnanan, tukar tiub, n yang paling aku suke tengok baju-baju bundle kat dalam blog, tapi tu la, dapat tengok je, bile time nak beli je takde duit, bila ada duit je baju dah Sold Out!
Belum ada rezeki la tu, maju jugak la tengok dorang-dorang ni bisnes dalam blogspot. Sebab baju yang diorang jual ni memang best-best, stim giler beb tengok, Haha! First entry ni aku cume nak citer pasal blogspot kat malaysia ni, yang membuatkan aku rasa aku pun nak buat blog persindirian, Huhu! Mm, Ha..aku ada baca satu blog nih, dia kencing, makan ke apa ke dia tulis, then dia tulis, besnye ada blog! betapa bermaknanya blog tu bagi dia, mungkin satu hari aku akan jadi macam tu, nak ke? Xtau la..
Rasanya ni je la yang aku nak tulis, belum ada apa-apa lagi yang nak share, lagipun first entry ni bukan orang baca pun, Huh! Ok lah, Bye! :)