Thursday, October 22, 2009

Thursday Glory

Akhirnya aku pun terjebak dalam blogspot, huh! Mula-mula rasa macam nak tak nak je buat blogspot ni, tapi kadang-kadang tiap apa yang berlaku hari-hari aku nak jugak tulis dalam blog pastu bagi orang baca, hehe! Mm, sebenarnya komuniti dalam blogspot ni besar jugak. Banyak blog-blog yang aku akan tengok & baca hari-hari, macam seliparkuneeng, the good old things and the follower, susuhnanan, tukar tiub, n yang paling aku suke tengok baju-baju bundle kat dalam blog, tapi tu la, dapat tengok je, bile time nak beli je takde duit, bila ada duit je baju dah Sold Out!
Belum ada rezeki la tu, maju jugak la tengok dorang-dorang ni bisnes dalam blogspot. Sebab baju yang diorang jual ni memang best-best, stim giler beb tengok, Haha! First entry ni aku cume nak citer pasal blogspot kat malaysia ni, yang membuatkan aku rasa aku pun nak buat blog persindirian, Huhu! Mm, Ha..aku ada baca satu blog nih, dia kencing, makan ke apa ke dia tulis, then dia tulis, besnye ada blog! betapa bermaknanya blog tu bagi dia, mungkin satu hari aku akan jadi macam tu, nak ke? Xtau la..
Rasanya ni je la yang aku nak tulis, belum ada apa-apa lagi yang nak share, lagipun first entry ni bukan orang baca pun, Huh! Ok lah, Bye! :)

1 comment: